Tuesday 9 October 2012

PANDUAN MENANAM PISANG V : INDEKS KEMATANGAN BUAH PISANG


INDEKS KEMATANGAN BUAH PISANG
Indeks 1   -
Hijau tua keseluruhan.  Buah belum matang untuk dituai.
Indeks 2   -
 
Hijau dengan sedikit kuning.  Buah matang, sudah sesuai dituai untuk penghantaran jauh menggunakan kapal laut.
Indeks 3   -
 
Lebih hijau daripada kuning.  Buah matang, tidak sesuai dituai untuk penghantaran jauh menggunakan kapal laut.
Indeks 4   -
Lebih kuning daripada hijau.  Buah hampir masak.  Hanya sesuai untuk pasaran tempatan.
Indeks 5   -
 
Kuning dengan sedikit hijau pada hujung buah.  Buah masak, hanya sesuai untuk pasaran tempatan.
Indeks 6   -
 
Kuning keseluruhan.  Buah masak.  Hanya sesuai untuk pasaran tempatan.  Peringkat terbaik untuk dimakan segar.
Indeks 7   -
 
Kuning jingga.  Buah terlalu masak.  Hanya sesuai untuk pasaran tempatan dan jangka hayat amat singkat.
Hasil pisang bergantung pada pemilihan kawasan, kultivar, pengurusan di ladang sehinggalah siap pembungkusan dibuat.  Faktor cuaca yang sesuai dan tanah yang subur juga menyumbangkan pengeluaran yang menguntungkan.
Anggaran Hasil Tanaman Pisang
Jenis Pisang
Jarak Tanaman
Bil.Pokok Sehektar
Hasil/Pokok (kg)
Jumlah
Hasil Sehektar (MT)



Pokok Induk
Ratun 1
Ratun 2
 Berangan
 Mas
 Rastali
 Cavendish
3 m x 3 m
2.5 m x 2.5 m
3 m x 3 m
3 m x 3 m
1,100
1,600
1,100
1,100
22
12
18
40
18
10
15
32
12
8
10
25
52
30
45
97
52
43
45
95
Buah pisang mencapai tahap matang apabila pembesaran buah berakhir.  Pisang yang mencapai peringkat matang akan masak dengan sempurna. Bagi menentukan kematangan buah, beberapa panduan digunakan seperti saiz dan rupa bentuk jejari buah, warna kulit, rupa warna benang sari yang tertinggal atau umur buah selepas pengeluaran jantung.
Buah pisang yang mencapai peringkat matang mempunyai jejari yang kurang segi, berbentuk hampir bulat dan padat, dibandingkan jejari buah muda bersaiz kecil dan masih bersegi-segi.  Pada hujung jejari buah matang, benang sari berwarna perang dan rapuh serta mudah tertanggal tetapi benang sari buah muda berwarna hijau.  Buah matang tua berwarna hijau kecerahan berbanding dengan buah matang muda yang berwarna masih hijau pekat.  Penuaian buah yang cukup matang biasa juga dihitung bilangan hari dari mula pengeluaran jantung.
Penuaian pisang, juga disebut sebagai 'menebang', iaitu dilakukan dengan menakik batang pohon pada ketinggian beberapa kaki di bawah tangkai tandan.  Tandan buah dipotong setelah batang pisang tadi patah dengan keadaan tandan tergantung.  Bagi pisang jenis besar seperti Embun dan Cavendish, dua orang pekerja diperlukan dengan seorang daripadanya menebang pokok dan seorang lagi menyambut buah.  Apabila pokok telah ditebang, buah disambut oleh salah seorang pekerja tersebut di atas bahunya yang beralaskan span.  Tangkai tandan kemudiannya dipotong.
Peringkat Pembesaran Buah Pisang
Jenis Pisang
Umur Pokok Pisang Selepas Tanam

Keluar Jantung
Pembentukan Sisir Akhir
Peringkat Buah Matang
 1. Berangan
 2. Mas
 3. Rastali
 4. Cavendish
9 bulan
6 bulan
9 bulan
9 bulan
10 bulan
 6 1/2 bulan
10 bulan
10 bulan
12 bulan
8 bulan
12 bulan
13 bulan
Penuaian Buah Mengikut Umur Kematangan
Kultivar
Tarikh Penuaian
(minggu selepas berjantung)
 1. Cavendish
 2. Mas
 3. Berangan
 4. Embun
 5. Rastali
 6. Nangka
 7. Tanduk
 8. Awak
20-23
7-9
11-14
12_15
11_13
22
20
9

No comments:

Post a Comment